19 November 2016 - 05:24
Pengeboman Turki Bunuh 5 Orang Awam Syria Dan Cederakan Puluhan Yang Lain Berhampiran Aleppo.

Sekurang-kurangnya 5 orang awam Syria dan lebih kurang 43 lagi dilaporkan cedera selepas tentera Turki melancarkan serangan artileri dan tembakan kereta kebal ke arah pinggir bandar Aleppo.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 5 orang awam Syria dan lebih kurang 43 lagi dilaporkan cedera selepas tentera Turki melancarkan serangan artileri dan tembakan kereta kebal ke arah pinggir bandar Aleppo.

Tentera Turki dikatakan telah menyerang bandar al-Bab yang terletak 40 kilometer di timur laut bandar Aleppo. bandar Bizaah yang terletak 3 kilometer dari timur al-Bab sendiri dan kampung Saflaniyeh pada hari Jumaat. Perkara itu dilaporkan oleh rangkain TV Lubnan, al-Ahed.

Laporan itu juga menambah bahawa seramai 12 orang mangsa yang cedera berada di dalam keadaan kritikal.

Tentera Turki dikatakan sedang membantu kemaraan Tentera Syria Bebas (FSA), sebuah pertubuhan yang ditaja kuasa asing, ke bandar al-Bab sekaligus membuka peluang untuk mereka menyerang kawasan industri Aleppo yang kini dikuasai oleh tentera kerajaan.

Sejak 4 tahun lepas, Aleppo terbahagi kepada kawasan yang dikuasai tentera Damsyik di bahagian barat bandar itu dan kumpulan pengganas di timur bandar tersebut.